Abdul Rahman Bin Nik Mazian
Pada circle yang lepas, kami telah mengkaji sebuah penyakit yang bernama hedonisme. Hasil perbincangan ringkas kami telah disimpulkan seperti berikut:

Sebab (predisposing factors):

1. Diri
  • ada duit (mewah)
  • banyak masa terluang
  • nafsu yang tidak terkawal
  • syaitan yang menghasut
  • pengaruh media
  • kurang ilmu
  • tidak mencari ilmu
2. Masyarakat
  • kurang amar makruf, nahi mungkar
  • berjiwa materialistik
  • ukhuwwah tidak kuat
3. Negara
  • tiada perlaksanaan syariat Islam , hudud, takzir dll.
  • tiada undang-undang negara yang spesifik
4. Dunia
  • dikawal oleh barat
  • manusia yang tiada matlamat jelas
Rawatan (treatment):
  1. Muahadah (mengenal pasti ubat dan penyakit)
  2. Mujahadah (berusaha sedaya upaya melawan penyakit)
  3. Taubah (kembali kepada penawar agung, Allah)
Pencegahan (prevention):
  1. rujuk al-quran dan sunnah
  2. wirid (ayat yang diulang-ulang)
  3. zikir
  4. selawat
  5. dakwah

Kesimpulan daripada kajian ini, kita hendaklah sedar bahawa penyakit hedonisme ini kalau tidak dirawat dan dicegah, boleh menjadi malignant dan memberi kesan yang buruk kepada kita sendiri (baca azab Allah).
Setiap daripada kita hendaklah mempunyai panduan kesihatan ini bagi bersedia dalam menghapuskan penyakit hedonisme yang kini makin merebak di seluruh dunia (pandemic).


0 Responses

Post a Comment