Abdul Rahman Bin Nik Mazian
Salamullah alayk.

Kesibukan hari raya memaksa diriku untuk tidak update blog walaupun memang tak update langsung...hehe
Selamat hari raya, selamat menunaikan haji kepada sahabat yang berada di Mekah.

Pada hari raya ke-3, pelajar-pelajar perubatan mesir batch 2006 a.k.a Gen6MDCairo telah mengadakan rumah terbuka. Tuan rumah kali ini ialah Eckm,Mil,Sahak,Otai, dan Yus.

Santapan yang disediakan amatlah lazat. Menu pertama ialah nasi himpit bersama rendang daging. Tak cukup lagi, menu kedua ada mee bandung. fuh... Dan sedikit kek yang dibuat oleh saudara Eckm sendiri.. hehe
Selepas semua kekenyangan ada sesi bergambar. tidak semua yang hadir sebab ada yang demam, pening kepala sebab makan daging unta!! Dan tiga orang sahabat yang menunaikan haji; saudara Ehmad,Acap,Aman.

Majlis berjalan lancar Alhamdulillah tanpa sebarang maksiat, diiring lagu-lagu alunan raya aidil fitri!! Tak banyak lagu raya korban nampaknya.

Majlis ditutup dengan solat asar berjamaah...

كل عام وأنتم بخير

Okeh, that's all.