Abdul Rahman Bin Nik Mazian
CREDITS:
Lirik & Lagu: Aphique
Vokal: Copuk
Susunan & Suntingan Video: HafizAdam
Video Asal: Ikmal, HafizAdam
Gambar: Ahli Beit Ammar & Anas
Penerbit: Gen6 Mdcairo
Abdul Rahman Bin Nik Mazian

Aku mula kenal insan bernama Ammar ketika darjah 4 di SRI Aman.
Aku dan dia tidaklah seberapa rapat sangat, tapi bolehlah dikatakan berkawan.
Aku sempat menghabiskan masa bersamanya sehingga darjah 6.
Banyak peristiwa yang berlaku. Yang tidak dapat kulupakan ialah ketika darjah 6.
Waktu tu, lepas kelas tuisyen petang di sekolah. Si Ammar naik atas bumbung sekolah, untuk mengambil angin. Tak semena-mena bumbung pecah, dan dia terperosok jatuh ke bawah. Nasib baik, dia sempat berpegang di bumbung. Aku yang memerhati dari jauh, lega dia tidak apa2.

Hari demi hari berlalu. Lepas keluar result UPSR, Ammar mendapat 5A. Aku hanya 4A. Tahniah. Memang dia mantap, lagi2 ketua pelajar. Sejak itu, kami mula berjauhan. Ammar pergi ke MATRI, aku ke SMI Aman.
Tak banyak berita yg aku tau mengenai Ammar, tapi kami masih menghubungi jika ada apa2 program atau berita.

Masa berlalu dengan pantas. Habis je SPM, aku dapat pergi ke Mesir. Takdir Allah, Ammar pun dapat pergi Mesir jugak. Aku betul2 gembira dapat berjumpa dengan dia. Lama benar berjauhan, Allah temukan untuk menggagas tugas berat melanjutkan pengajian di Mesir.

Dipendekkan cerita, susah ar nak cerita jiwa masih sebak.
Aku dan Ammar masuk tahun ketiga di Kasr el Aini Medical School. Ammar dilantik menjadi ketua Gen6. Jiwanya sebagai seorang pemimpin begitu terserlah. Tanggungjawab yang diberikan, dia galas dengan penuh amanah dan bersungguh-sungguh. Seorang yang peramah, kawan2 pun senang. Kadang2 buat lawak tp takde la keterlaluan.

Masing-masing sibuk bersedia untuk periksa akhir tahun. Aku sempat melawat dia di malikus soleh, seminggu sebelum exam patho. Entah kenapa aku tergerak untuk ke sana di kesibukan exam. Kami tidak berbual panjang, sempat bertukar2 kata semangat untuk belajar saja.

Akhirnya, Rabu 10/6/2009, periksa kertas terakhir pharmacology. Aku dapat menjawab dengan gembira, (sbb yg lain hampeh, huhu). Aku sempat menjeling ke arah Ammar dan melemparkan senyuman ke arahnya. Ammar tetap dengan muka seriusnya. Ammar siap awal dan keluar awal dari dewan exam. Aku ingin menghabiskan masa di dewan walaupun da siap sejam awal. Entah kenapa aku tak pergi keluar bersama Ammar. Habis je exam, seperti biasa aku menghabiskan masa di depan laptop menghilangkan tension.
Dalam ketenangan itu, aku dikejutkan dengan berita kemalangan kawan2 yang pergi ke ain sukhnah. Aku tau ada yang pergi sbb ada jemputan utk pergi ke sana. Tapi aku tak pergi. Berita tu aku dapat selepas solat maghrib drpd Yusri. Aku mulai gelisah. Aku menunggu dengan penuh cemas tentang keadaan mereka. Aku juga baru tau mereka yg pergi ialah Ammar, Akram, Aman, Saif dan Otai. Dengar khabar kesemua masih stabil. Aku lega.
Akan tetapi, aku terkejut bukan kepalang bila Najib Saleh call, mengatakan Ammar meninggal!
Aku ulang lg bertanyakan apa??! Ammar meninggal? Ketika itulah aku berasakan badan ini berat. Allah!! Benarkah? Bukankah mereka masih stabil?
Sepanjang malam, aku tidak tidur. Sempat melakukan solat hajat agar mereka semua selamat. Tapi berita Ammar meninggal memang aku tidak dapat ku terima. Aku dapat berita Aman dan Akram, Otai sampai di Hospital Fransawi, Kasr el Aini pada pukul 2.30 pagi. Aku dan rakan2 bergegas ke sana. Menunggu dan melihat keadaan mereka. Ammar masih belum tiba. Dia diuruskan di hospital Suez. Ketika itu, bermain di fikiranku, inikah pekerjaan seorang doktor? Melihat nyawa di ambang maut? Setiap hari akan bertemu keadaan pesakit begini? Aku mengucap panjang, Ya Allah berilahku kekuatan...

Subuh berlalu dengan cepat. Pukul 7 pagi diberitakan jenazah Ammar telah tiba di Hospital Zahra', Abbasiyah untuk urusan dimandikan dan dikafankan. Aku tidak pergi ke sana. Terasa berat untuk aku melihat keadaan mayat kawanku. Tak sanggup. Kepala mula pening, aku balik tidur.
Aku bangun pukul 12 tgh hari dan bergegas ke Dewan Malaysia Abbasiyah. Selepas solat Zohor, kami beramai2 bersama pegawai2 kedutaan Malaysia, ustaz2 melakukan solat jenazah ke atas Ammar. Hari yang dilalui terasa amat panjang. Ketika itu, perasaan pilu menyelubungi segenap alam, orang x sesibuk macam biasa seolah-olah mengucapkan takziah dan selamat tinggal kepada Ammar. Ammar.
Terasa macam semalam kita bertemu. Tapi, kau telah pergi dulu meninggalkan kami. Moga2 kami mempunyai kekuatan untuk meneruskan perjuangan suci ini... Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Raji'uun...