Abdul Rahman Bin Nik Mazian


I know I’m waiting
Waiting for something
]Something to happen to me

But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free

I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok

But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong

Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me

This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery

I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me

But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong

Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong

Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong
Abdul Rahman Bin Nik Mazian
Final year exam starts on 12/6/2010
So, not going to update until after exam 7/7/2010
Wish me luck~
Rabbina maana
Abdul Rahman Bin Nik Mazian
Abdul Rahman Bin Nik Mazian
Hitam itu bergaya.
Hitam itu elegan.
Hitam itu seksi.
Hitam itu 'sporty'
Hitam mutu keunggulan.

Entah kenapa motor aku semua hitam.. haha
Moskito di KB, Pulsar dalam kenangan, dan terbaru CBR hitam! (motor biru jual kpd sayut)
Cerita sedikit sejarah pemilikan.
Tidak terlintas pun untuk membelinya.
Tapi, Najib MARA yang menghasut aku... haha
Motor bertukar tangan pada 11.oo malam 20/3/2010
Alhamdulillah, hari ini baru selesai urusan tukar nama dan cukai jalan.
Phew~ Nak buat tak susah, tapi tunggu giliran tu lama sangat.
So, hidup di Mesir ni kenalah bawak2 bersabar~
Fasabrun jamil....





Abdul Rahman Bin Nik Mazian
Salam alayk.
Cuti musim sejuk bermula lagi.
Banyak program yang telah dirancang, antaranya MAT n MAG.
Tapi, kali ini entri mengenai Bahariya. Pada 10 - 12/2/2010
Jelajah selama 3 hari 2 malam amatlah menyeronokkan dan mencabar.
Bahariya adalah nama tempat yang bermaksud lautan, tapi di sana tiada laut.
Yang ada hanyalah gurun padang pasir yang terbentang luasnya.
Ia terletak di barat Kaherah dan juga dinamakan 'western desert'.
Kenapa dinamakan bahariya? Sebab dahulunya ia merupakan sebuah lautan.
Akan tetapi, airnya mula surut ketika mana ikan paus yang menelan nabi Yunus menghamburkan nabi Yunus di situ tatkala takut akan kebesaran Allah. (sahih atau tidak, tak dapat dipastikan, dengar cerita pemandu pelancong)
Banyak kesan-kesan tinggalan hidupan laut ditemui di situ, batu berbentuk landak laut, bunga, ikan, siput dll.
Ada juga ditemui satu pohon yang dinamakan Sunta (pokok yang tidak berharap apa2 kecuali ibadah kepada Allah). Uniknya pohon ini ialah akarnya tumbuh di atas batu, jadi dia tidak menyerap air. Dan bentuknya pula seakan2 orang tengah sujud. Usia pohon tersebut kira2 3500 tahun. Satu tempoh yang lama bagi pokok yang tidak mempunyai sumber air tetapi masih lagi menghijau ke saat ini.
Terdapat mata air yang dikatakan dahulunya nabi Yunus mengambil minum airnya, dinamakan Ain Khadra. Macam-macam lagi.
Biarlah gambar di bawah yang bercerita lebih lanjut tentang pengembaraan kami.

Bergambar di atas English Mountain. Nama dia sebab ada villa yang tidak siap dibina, terbengkalai sebab perang dunia ke-2
Di Black Desert. Tempat di mana gunung berapi masih lagi aktif. Bila-bila masa boleh meletus. Selamba je ambil gambar.
Kemalangan di Zigzag Mountain. Aku selaku orang paling hadapan ketika menuruni hanya mampu melihat kejadian itu. Curam sangat. Angin yang kuat menjadi faktor hilang kawalan sahabat itu, Faris. Allahu yashfik.
Kenangan yang sukar dilupakan.
Lutut tempat yang paling teruk cedera. Nasib baik ada First-aid. Faris jualah yang menyuruh aku sebagai AJK keselamatan menyediakannya.
Pengarah program tersenyum kerana tiada apa2 kecederaan serius.
Selepas itu, pergi lunch di Haze. Kami masak beramai-ramai. Arab tak nak sediakan makanan sebab first trip komplen sakit perut. Hahaha. Lauk tuna dan telur hancur.
El-Agabah. Tempat ajaib. Sebab ada batu yang komposisinya sama dengan batu di bulan. Dahulunya di sini adalah lautan. Pemandangan yang ekzotik.
Ada batu berbentuk ayam. Kalau tengok waktu matahari terbenam nampak seolah2 ada 2 biji telur sedang dieram, satu putih dan satu emas.
Malam itu, kami berBBQ.... best
Serangan musang yang kelaparan... huhu. Mimo cuak menanti.
Pagi hari yang sejuk di White Desert...
Khemah kami. Tidur dalam sleeping bag dan selimut, pergh sejuk...
Di flower mountain, batu-batu yang berupa bunga boleh ditemui
Bergambar dengan pohon Sunta, pokok pun beribadah kepada Allah, kita manusia ni apatah lagi?
Air mata Ain Khadra...
Mengambil air dan membasuh muka...

Banyak sangat gambar. Malas nak letak. Lagipun di atas antara benda-benda yang menarik boleh ditemui di sana, cuma kemalangan tu dah nasib~ huhu
Alhamdulillah semua selamat, tak ada yang sakit perut diarrhea seperti first trip... :P
Cuma biasalah, berada di atas jip yang macam oller coaster, ada yang kena motion sickness, muntah2.
So, at the end of the day, jelajah yang amat menyeronokkan. Bolehlah mereka yang berminat datang ke sini. Layanan yang diberikan amatlah baik. Pak Arab alhamdulillah baik2 belaka.
Seorang bayar LE530, lengkap dengan makanan.
Kalau ada peluang, boleh pergi lagi... In sya Allah.

Pengalaman sendiri:
Aku tak ada apa2 masalah kesihatan seperti diarrhea n motion sickness. Dah biasa kot, dulu masuk hutan jadi komander, baru merasa nilai didera dahulu~
Tapi ada jugak rasa sakit2 tengkuk di'gomo' roller coaster jip...
Cuma masa berkhemah di padang pasir tu tak ada tandas! haha
Biasakan diri menjadi 'ninja'.
Sediakan ubat secukupnya...
Abdul Rahman Bin Nik Mazian
Abdul Rahman Bin Nik Mazian

Salam alayk.
Petang semalam telah diadakan sedikit jamuan ringkas bagi SC abg Israq.
SC terakhir sebelum kami semua berpisah, abg Israg in sya allah akan menghabiskan exam 21/1/2010. Seterusnya bernikah.. hehe, jangan lupa 5/2/2010.
Oleh itu, kami dengan berat hati melepaskan abg Israq kepada akhawat gen6 itu. :p
Hidangan yang disediakan, laksa penang yang dimasak oleh chef Amir, kek yang dibuat oleh chef Akram, dan bubur kacang lepuk durian yang dimasak oleh chef Ikmal.
In sya Allah, harapan kami agar abg Israq dapat berbakti kepada masyarakat dan negara sebagai doktor muslim, dan juga sebagai pembakar semangat kami yang masih lagi dalam kancah pembelajaran.
Kenangan-kenangan manis dan pahit kita tempuhi bersama akan sentiasa terpahat di memori.
Salah silap tersepak kaki ketika main bola, panjat gunung musa dan lain-lain pinta kemaafan.
Tidak lupa kepada semua senior yang akan pulang ke Malaysia, selamat bertugas bak kata pepatah bagai sirih pulang ke gagang, katanya abg Faizal.