Abdul Rahman Bin Nik Mazian
Smart circle yang lepas, abg israq telah melontarkan satu soalan yang agak menyentuh jiwa yang tandus. Hasil perbincangan daripada setiap ahli membuahkan hasil seperti di bawah:

  1. aku membuat baik dengan ibu bapa
  2. aku membaca al-ma'thurat
  3. aku berusaha menyambung usaha dakwahmu
  4. aku menjaga kesihatanku
  5. aku cuba sedaya-upayaku untuk memberi kesenangan kepada orang lain
  6. aku cintakan Allah dan terasa amat takut untuk kehilangan iman dan Islam
  7. aku sekarang berada di majlis ilmu
  8. setiap hari aku akan memastikan aku berselawat ke atasmu
  9. aku amal solat jemaah, sunat rawatib, puasa sunat
  10. aku tinggal perkara yang tidak penting - lagu, movie yang lagho
  11. aku cuba menanam minat dalam bacaan al-quran
  12. aku sedang berusaha dakwah kepada keluarga dan adik-beradik
  13. aku cinta padamu ya rasulullah
  14. aku suka berkata dengan kata-kata yang baik
  15. aku sedih dengan kelemahan diri yang tidak mampu menolong palestin
  16. aku mencuba untuk menghafal al-quran
  17. aku tidak kurang upaya i.e. mampu untuk untuk berjuang
  18. aku boleh nangis kalau baca sirahmu
  19. aku sedih kalau orang hinamu
  20. aku telah ke makammu dan bersolat di masjidmu
  21. aku sambung perjuanganmu
  22. aku datang ke smart circle untuk ajak adik2 ku mencintaimu
  23. aku dan sahabat2ku belajar dan mengajar al-quran
  24. aku suka merapatkan silaturrahim
  25. aku suka mengaji al-quran
  26. aku berusaha mengenalimu
itu sahaja luahan hati yang dapat dikumpulkan. moga-moga kita dapat koreksi diri dan cuba untuk mengenal rasulullah dan mengamalkan sunnah baginda, lebih2 lagi sunnah yang paling besar yakni sunnah berdakwah~

allahumma solli ala Muhammad
0 Responses

Post a Comment