25 julai 2009.
Aku keluar rumah seawal 6.30 pagi bersama Ayah Din ke Kampung Pauh Lima, area dekat2 dgn Bachok. Kami pergi ke sana dengan hajat yang besar; sembelih biri-biri~ dengan bantuan Ust Mad tantawi, yg balik cuti bersama.
Kami sampai di rumah ust mad utk mengambil beliau. Seterusnya pergi ke rumah 'Pok Li' tuan punya biri-biri itu. Ust mad la yang tolong cari biri2 itu, kebetulan dekat je rumah dia dgn rumah pok li. So, tak banyak masalah untuk urusan jual beli.
Selesai semua urusan akad jual beli, acara sembelih mula pada pukul 7.30 pagi. Ust mad yang sembelih, aku dan ayah din tolong pegang biri2.
Selepas itu, mula la 'menyiang' kulit biri2. Pisau dan golok pok li yang tajam memudahkan urusan menyiang biri2.
Lebih kurang 2 jam lepas tu, selesai la urusan sembelihan yang dilakukan di rumah pok li (nak balik kota bharu susah plak nk sembelih). Ada sungai, basuh perut biri2 amatlah senang. Bestnye hidup di kampung. tenang~ haha
Sebelah malam plak, ade sedikit majlis kenduri arwah di rumah nenekku, bersebelahan masjid al-muttaqin. Jemaah masjid dijemput menjayakan majlis, dan bersantap selepasnya. Banyak makan plak...hoho
Majlis seumpama ini amatlah bermakna kerana bagiku ia dapat merapatkan hubungan sillaturrahim di antara penduduk setempat di samping kita memperingati jasa-jasa yang dicurahkan oleh arwah tok ayah. Moga2 tok ayah berada di samping hamba2 Allah yang berjaya di syurga. amin...
Juga sebagai peringatan bagiku bahawa hidup ini ada tujuannya. Kita datang dan pergi d bumi ini sebagai khalifah Allah membawa rahmat ke seluruh alam dengan sinar Islam.
Banyak lagi perkara yang perlu aku tingkatkan untuk mencapai derjat itu..
Ya Allah, pandulah hamba-Mu ini...............